Dulu Jihan Layan Nabil, Sekarang Dia Yang Kena ‘Kawal’ Kak Lina” – Energy Power! Tak Lemau, Elly Mazlein Dipuji, Netizen Usik Nabil

“Saya anggap ini peluang yang sangat besar, sangat bersyukur dan terus terima.”

Demikian kata selebriti popular, Elly Mazlein yang kini mengg4las tugas sebagai hos bersama Nabil Ahmad di dalam program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) selama 10 minggu bermula semalam.

Elly menggantikan Jihan Muse yang kini sedang berp4ntang anak keduanya.

Meski tidak menaf1kan akan menerima reaksi yang pelbagai susulan keberadaanya di dalam program realiti tahunan itu, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi,41, bagaimanapun bersyukur sekiranya ada memberikan reaksi positif.

“Bila dapat tawaran, saya fikir mengapa tidak? Malah sebelum ini pun saya pernah menggantikan Jihan. Jadi kali ini peluang sekali lagi datang dan saya cuba.

“Alhamdulillah syukur kalau ada yang suka. Apa yang paling dir1saukan ialah penerimaan orang. Walaubagaimanapun bila diberikan tanggungjawab, saya cuba untuk berikan yang terbaik.

“Sebab itu pun periuk nasi kita. Macam kita dalam sebuah kelaslah. Kalau nak dapat nombor satu, kita kenalah buat ‘homework’ lebih dan sebagainya. Macam situasi saya ni, saya cuba buat yang terbaik.

“Sebab kita sedia tahu progres GV dari musim pertama hingga kelapan. Saya anggap amanah itu sebagai sesuatu yang ber4t sebenarnya, bila fikir nak kekalkan momentum GV itu sendiri,” katanya kepada MH.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Elly yang juga alumni GV tidak menafikan perasaannya bercampur baur sebelum memulakan tugas mengacarakan program berkenaan.

“Sudah tentulah saya rasa gem3ntar, nak ‘pitam’ rasanya. Kita ni gantikan tempat orang. Malah, semua sudah tahu ‘DNA’ program ini ialah hosnya juga iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse selain produksinya.

“Tiba-tiba kehadiran saya ini sebagai ‘jiran baru’. Macam mana ni? Saya kata tidak mengapa… Saya akan kendalikan mengikut cara sendiri dan ikut kemahuan program itu juga.

“Yang bantu saya pun termasuk bintang GV kerana saya sudah kenali mereka. Begitu juga Nabil yang banyak berikan sokongan dan tunjuk ajar,” katanya lagi.

Sumber :MH/Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Comment