Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Tomok antara 13 finalis Gegar Vaganza musim ke-9

Program realiti Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menyaks1kan penyertaan beberapa artis hebat tanah air seperti Jaclyn Victor, Tomok, Shila Amzah berentap bagi mer3but gel4ran juara.

Bakal memberi sa1ngan hebat pada musim kali ini termasuklah Dina Nazir, Bob Yusof, Pat Candy, Asheed (Def Gab-C) dan Hasrul Nizam.

Tidak ketinggalan, Roy Kapilla, Tom MYstar, Aida Hassan termasuk Fuad Rahman dari Singapura dan kumpulan VE.

Senarai itu diumumkan oleh pihak Astro menerusi sidang media yang diadakan di Menara Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Gegar Vaganza musim kali ini masih mengekalkan tiga juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang.

Bagaimanapun Jihan Muse tidak akan kembali sebagai hos bersama Nabil Ahmad ekoran baharu sahaja bersalin bayi keduanya pada Selasa.

Penggantinya bakal diumumkan pada konsert minggu pertama GV9 yang bakal berlangsung pada 18 September ini.

GV9 akan diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi) diikuti Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV8) dan Aliff Aziz (GV9).

Komen netizen:

Sumber: mstar.com.my

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Comment