Masih Ingat Dengan Penyanyi Waheeda? Penampilan Terkininya Selepas Lama Menyepi Raih Perhatian Netizen

Masih Ingat Dengan Penyanyi Waheeda? Begini Keadaan Beliau Sekarang Setelah 10 Tahun Menyepi. “kalau ada anak, Alhamdullilah, tiada anak pun Alhamdulillah,”

Meskipun sudah lebih 10 tahun menjauhkan diri dari muzik, penyanyi Wassini, Waheeda mengaku suk4r mel4kukannya disebabkan muzik sudah menjadi sebahagian daripada fitrah diri.

Justeru, Waheeda atau nama sebenar, Norwahidah Abdul Wahab, 44, masih berkecimpung dalam dunia muzik, namun, lebih kepada aktiviti belakang tabir.

” Pada asalnya, saya mahu meletakkan noktah kepada dunia nyanyian. Namun, macam mana pun, saya rasa tidak boleh.

” Bagi saya, ini kerja Allah. Walau macam mana saya tol4k, ia tetap kembali. Lebih-lebih lagi apabila saya berkahwin dengan seseorang yang berkecimpung dalam industri seni.

” Saya sebenarnya pemuzik di hati. Lima tahun saya dihantar ke kelas muzik, sampai sekarang, tetap muzik dalam hati saya. Muzik tidak salah kerana ia sebahagian daripada fitrah manusia.

” Namun, saya meletakkan diri sebagai pemuzik, bukan penyanyi. Jadi, apabila anda pemuzik, anda tidak akan berhenti.

” Ini yang saya mahu buat dari dulu lagu, iaitu bergerak di sebalik tabir, bukannya di hadapan,” katanya ditemui pada sidang media Konsert Nasyid Legenda 2022 di Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di sini, semalam.

Kini aktif sebagai penerbit dan komposer

Waheeda kini aktif sebagai penerbit dan komposer serta pada masa sama, menjadi orang tengah bagi memperkenalkan bakat baharu.

” Saya fokus sebagai karier komposer dan penerbit di bawah syarikat saya, Clef Empire yang ditubuhkan bersama adik saya, Januari lalu.

” Tujuan kami tubuhkan syarikat ini adalah sebagai platform untuk bakat baharu menghasilkan lagu.

” Antara lagu baharu yang diterbitkan adalah single duet Ustaz Akhil Hayy dan Mawi. Insya-Allah saya akan keluarkan pula lagu-lagu yang sudah dirakamkan sebelum ini,” katanya.

Waheeda berkata, baru-baru ini, dia melancarkan lagu sempena Aidilfitri iaitu Marhaba Eid di YouTube dan Spotify.

” Lagu itu dirakamkan pada 2007, sengaja saya lancarkan dan berkongsi dengan peminat. Insya-Allah, selepas ini saya mahu keluarkan single lain yang banyak dirakamkan pada 2007,” katanya.

10 tahun menyepi ambil masa dalami ilmu agama

Bertanya mengenai tindakannya menyepi lebih sedekad, Waheeda berkata, dia mengambil masa untuk mendalami ilmu agama dan tidak mengh1raukan perkara lain.

” Dahulu saya mahu berhenti sebab mahu tahu kenapa saya Islam. Apabila berhenti, saya ambil masa untuk belajar dan fahami al-Quran.

” Hendak faham mengenai Islam, pertamanya, kita kena kenal buku kita. Jadi, saya cuba fahami al-Quran.

” Sudah 10 tahun sampai sekarang, saya tak habis belajar lagi. Sekarang, apabila saya sertai semula industri muzik, saya masuk dengan ilmu al-Quran,” katanya.

Suami tak hal4ng

Waheeda berkata, suaminya, Ustaz Akhil tidak pernah mengh4lang minatnya dan bersyukur dikurniakan suami yang sangat memahami.

” Suami pernah cakap tak kongk0ng dan hal4ng saya, asalkan saya tahu tempat saya. Saya berusaha hendak kekal di jalan Allah, iaitu mahu datang dengan Allah dan balik dengan Allah.

” Saya bersyukur ada suami sepertinya. Suami juga pemuzik dan kami minat kepada muzik rock,” katanya.

Belum dikurniakan cahaya mata

Bertanya mengenai kehidupan berkeluarga, Waheeda mengaku masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

” Isteri pertama Ustaz Akhil ada empat anak. Saya tiada lagi (anak). Alhamdulillah, setakat ini saya okay sahaja. Saya sudah 44 tahun, tidak mengapalah.

” Saya dan suami bersyukur sebab sudah lebih 10 tahun besarkan anak-anak sepanjang 13 tahun berkahwin.

” Jadi, sekarang baru hendak mula untuk diri sendiri. Itulah sebab saya buat muzik sekarang ini.

” Bagi saya, kalau ada anak, Alhamdullilah, tiada anak pun Alhamdulillah,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Ustaz Akhil pada 2009.

Waheeda bersyukur diberi peluang membesarkan empat anak tiri yang berusia antara 13 tahun hingga 26 tahun. Waheeda pernah memenangi kategori Album Pop Etnik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) menerusi album Melodi Ahlan pada 2008.

Sebelum itu, Waheeda muncul juara kategori Irama Malaysia melalui lagu Wassini pada Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 2003.

Sumber/ Kredit : bharian via https://thebolalive.com/

Diolah oleh : Wan Network

Sumber:BARTASANGBAD.SITE

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Comment