Warisi Bakat Arwah Bapa,Nora Ariffin Titip Rasa Bangga Dengan Anak Gadisnya, Putri Dahlia

Penyanyi, Nora Ariffin membuat perkongsian bersama peminat di media sos1al mengenai anak gadisnya, Putri Dahlia yang trending di Spotify dan Youtube selepas melancarkan single, Old Love yang turut menampilkan penyanyi muda, Yuji kini mendapat lebih dari 3 juta tontonan.

Mewarisi Bakat Arwah Bapa

Menurut Nora, dia berpendapat anak gadisnya itu mewarisi bakat seni arwah bapanya, Johan Nawawi. Malah dia sebagai ibu, turut tumpang gembira dan mendoakan agar Putri Dahlia diberi peluang untuk melangkah dengan lebih jauh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

“You are gifted Putri..Bakat itu kurniaan & anugerah Allah ..Harus sentiasa bersyukur.. Putri Dahlia mewarisi bakat dari ayahnya, arwah Johan Nawawi, kalau pun ada dari saya mungkin sedikit sahaja.

Sebagai ibu, saya tumpang gembira & sentiasa berdoa agar  Putri Dahlia diberi peluang untuk melangkah lebih jauh & kekal dengan keunikan tersendiri.”-Tulis Nora

Generasi Baru Harus Diberi Laluan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @itzputridahlia

Akui kehidupan ibarat sebuah roda. Nora mengatakan bahawa generasi baru harus diberi laluan untuk mewarnai industri seni.

“Lumrah kehidupan..Its a process. Hidup sebagai artis ibarat roda. Bila kita sudah meningkat usia, kita wajar beri laluan pada legasi & generasi baru untuk mewarnai industri.-tulis Nora

Di akhir hantarannya, Nora memberitahu dia yang sudah menjadi anak seni selama 30 tahun itu, merasa sudah cukup bersyukur dengan segala anugerah dan pengalaman yang ada, serta bersedia untuk berkongsi ilmu.

Sumber :murai.my

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Comment